PENGISIAN DATA LINUS Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 2013 Saringan 1

Kepada,

Semua Guru Besar,

SK,SRI,SJKC,SJKT. 

Kulim Bandar Baharu,

Tuan,

PENGISIAN DATA LINUS Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 2013 Saringan 1 LINUS 2.0 PORTAL NKRA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Portal NKRA untuk pengisian Data LINUS Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 2013 Saringan 1 telah dibuka mulai hari ini 6 Mei 2013 :

             

Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memastikan Guru guru Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 sekolah tuan untuk membuat pengisian data Saringan 1 yang telah dijalankan di dalam Portal NKRA LINUS 2.0 sebelum 12 Mei 2013 untuk Semakan Penyelaras LINUS dan Pegawai FasiLINUS. 

Sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi Pegawai FasiLINUS Sekolah masing masing.

Bersama ini disertakan Borang Analisis Murid untuk Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan masalah murid Tahun 2 dan 3 yang Tidak Mengusasai pada Attachment. Mohon Penyelaras LINUS dan guru LINUS memuat turun dan Melengkapkan Borang tersebut secara soft copy dan menghantar ke alamat e-mail - This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it sebelum 19 Mei 2013. 

Sekian, terima kasih.