PENGISIAN E-KEHADIRAN MELALUI APDM

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu.


Tuan, untuk makluman Kementerian Pelajaran Malaysia sedang memantau e-Kehadiran melalui Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Tuan diharap dapat melengkapkan e-kehadiran pada setiap hari persekolahan mengikut masa yang telah ditetapkan. Kegagalan pihak tuan melengkapkan kehadiran pelajar sekolah tuan akan menyebabkan peratus kehadiran pelajar di Daerah Kulim Bandar Baharu juga dicatatkan rendah dan jauh daripada sasaran yang telah ditetapkan. Kerjasama pihak tuan untuk memantau pengisian e-kehadiran sangat-sangat diharapkan bagi meningkatkan peratus kehadiran pelajar di Daerah Kulim Bandar Baharu. Sekian, terima kasih.

 

 
Find the Best Web Hosting which offers reliable service and top quality support