DATA SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) 2013

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Perlaksanaan Prasekolah KPM,
 
Tuan,
 
DATA SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) 2013
 
Pentadbiran Pejabat ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pihak tuan sehingga membolehkan hampir 95% murid prasekolah KPM dapat didaftarkan ke SMPK.
 
Walaubagaimanapun masih terdapat sebilangan murid yang telah dimaklumkan ke pihak kami dan telah diusahakan pendaftarannya tetapi masih lagi tidak dapat didaftarkan ke SMPK atas masalah teknikal .
 
Bagi membolehkan pentadbiran pejabat ini dan Unit Prasekolah JPN Kedah membantu menyelesaikan perkara ini, pohon kerjasama guru prasekolah tuan untuk menyenaraikan semula (SEKIRANYA ADA) nama murid, no mykid dan nama serta alamat tadika asal murid berkenaan ke borang dalam talian yang disertakan melalui capaian di bawah.
 
Semua maklumat seboleh-bolehnya dihantar tidak lewat dari 17 April 2013
 
KLIK DI SINI  UNTUK DAPATKAN  BORANG  DALAM TALIAN
 
Sekian, terima kasih.
 
Find the Best Web Hosting which offers reliable service and top quality support