Â
 






![]() | Hari ini | 3328 |
![]() | Kelmarin | 4552 |
![]() | Minggu ini | 7880 |
![]() | Minggu Lepas | 30296 |
![]() | Bulan ini | 84663 |
![]() | Bulan Lepas | 181526 |
![]() | Keseluruhan semenjak Mei 2011 | 3006017 |
 URGENT
Pengetua / Guru Besar
Daerah Kulim Bandar Baharu
Perhatian kepada PT/KPT sekolah
Dimaklumkan bahawa Unit Bayaran Jabatan Akauntan Negara Negeri Kedah telah melaksanakan makluman bayaran melalui SMS mulai bulan Mac 2008. Selain itu, penerima bayaran juga boleh menerima makluman bayaran melalui emel dan semakan melalui sistem e-maklum.
Sehubungan dengan itu, semua kakitangan di sekolah yang terlibat dengan segala jenis tuntutan seperti tuntutan perjalanan, tuntutan lebih masa , Gaji guru ganti dan lain-lain tuntutan adalah dimaklum untuk mengemaskini maklumat individu masing-masing seperti di Lampiran A.Lampiran A tersebut perlu dihantar ke Unit Kewangan PPD Kulim Bandar Baharu sebelum atau 22 April 2013.
Selain itu, Pohon kerjasama pihak sekolah melengkapkan maklumat No. telefon bimbit pegawai, Alamat emel dan No. faks sekolah dalam penyata tuntutan perjalanan dan di baucar bayaran kew304. Manakala lain-lain tuntutan pohon lengkapkan di baucar kew304 sahaja.
Pihak tuan perlu mengambil tindakan segera menghantar lampiran A.kegagalan pihak tuan menyebabkan baucar bayaran dikuiri oleh Jabatan Akauntan Negara Negeri Kedah.
Sekian, harap maklum
| File | File size |
|---|---|
| 26 Kb |
SARINGAN BERTULIS LINUS, SARINGAN 1 TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3 2013Kepada Semua Guru Besar, SK, SJKC, SJKT, Daerah Kulim Bandar Baharu. Tuan, puan, SARINGAN BERTULIS LINUS, SARINGAN 1 TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3 2013 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Saringan Bertulis LINUS, Saringan 1 2013 akan bermula pada 21 April 2013 sehingga 30 April 2013. (Surat Siaran Perlaksanaan Saringan LINUS 2.0 Kementerian Pelajaran Malaysia - KP.LP.007.03.6(83) 2. Untuk makluman pihak tuan, Instrumen Saringan Bertulis LINUS 2013 akan dihantar ke sekolah oleh syarikat percetakan dari 16 April 2013 sehingga 18 April 2013. Mohon penyelaras LINUS untuk menyemak dan memastikan bilangan bungkusan atau kotak yang dihantar adalah sama dengan senarai semak untuk pengesahan penerimaan. 3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk melaksanakan Saringan Bertulis Saringan 1 2013 kepada semua murid Tahun 1, 2, dan 3 dalam tempoh yang telah ditetapkan . Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.  DATA SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) 2013Guru Besar,Sekolah-Sekolah Perlaksanaan Prasekolah KPM, Tuan, DATA SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) 2013 Pentadbiran Pejabat ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pihak tuan sehingga membolehkan hampir 95% murid prasekolah KPM dapat didaftarkan ke SMPK.  Walaubagaimanapun masih terdapat sebilangan murid yang telah dimaklumkan ke pihak kami dan telah diusahakan pendaftarannya tetapi masih lagi tidak dapat didaftarkan ke SMPK atas masalah teknikal .  Bagi membolehkan pentadbiran pejabat ini dan Unit Prasekolah JPN Kedah membantu menyelesaikan perkara ini, pohon kerjasama guru prasekolah tuan untuk menyenaraikan semula (SEKIRANYA ADA) nama murid, no mykid dan nama serta alamat tadika asal murid berkenaan ke borang dalam talian yang disertakan melalui capaian di bawah.  Semua maklumat seboleh-bolehnya dihantar tidak lewat dari 17 April 2013 KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN BORANG DALAM TALIAN Sekian, terima kasih.
Peserta DKBB ke Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri KedahPengetua/Guru Besar sekolah berkenaan. Tuan, Rakaman tahniah di atas kejayaan peserta sekolah dalam Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat DKBB dan akan mewakili DKBB ke Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Negeri Kedah Darulaman yang akan diadakan pada19 dan 20 APRIL 2013 di Kolej Vokasional Langkawi.. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pengangkutan peserta terlibat dari PPDKBB ke Kolej Vokasional Langkawi dan balik ke PPDKBB akan diurus oleh UPI.PPDKBB. Kerjasama tuan atau wakil tuan dipohon bagi mengurus kehadiran peserta tersebut mengikut ketentuan berikut :         Tarikh             :     19 APRIL 2013 (Jumaat)         (Muat turun sisipan) Terima kasih.
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW DAN SOFBOL MSSK DKBB 2013Sekolah-Sekolah Dan PKG Berkenaan, Bersama-sama ini disertakan maklumat kejohanan Sepak Takraw dan Sofbol MSSK DKBB 2013 untuk perhatian tuan. Terima kasih.
Bahan Taklimat Mesyuarat Pengurusan PBS Untuk PK1: 10 & 11 April 2013Semua Sekolah MenengahDaerah Kulim Bandar BaharuBahan berkaitan Mesyuarat Pengurusan PBS yang dijalankan di Hotel Summit, Bukit Mertajam ( 10 dan 11 April 2013) yang lalu akan dimasukkan dalam peti surat sekolah tuan mulai hari Selasa (16/4/2013) jam 3.00 petang.Sekian, harap maklum
SEGERA : PENGUMPULAN DATA DASAR 6040 TAHUN 2013SEGERA Pengetua DKBB (Seperti senarai berikut) Dengan hormatnya surat dari JPN Kedah JPK 03-08/2851/68(19) bertarikh 6 Februari 2013 dan emel dari saya ke sekolah-sekolah menengah KBB pada 17 Februari (12.16 petang) adalah dirujuk. Sebagaimana yang dimaklumkan dalam surat berkenaan bahawa data tersebut perlu sampai ke emel Penolong PPD Sains Matematik sebelum 15 April 2013. JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan kepada GK Sains Matematik yang telah menghantar data tersebut. Namun sehingga pukul 10.00 malam 13 April 2013. masih terdapat 10 sekolah yang belum menghantar data. Justeru itu, pohon kerjasama GK Sains Matematik sekolah-sekolah berikut untuk menghantar data berkenaan ke alamat This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it selewat-lewatnya pukul 5.00 petang 14 April 2013 untuk tujuan penggabungan data peringkat daerah : SMK JALAN PAYA BESAR, SMK JUNJONG, SMK LUBOK BUNTAR, SMK LUNAS, SMK MAHANG, SMK PADANG SERAI, SMK SELAMA, SMK SULTAN AHMAD TAJUDDIN, SMK SUNGAI KOB & SMK TAMAN HI-TECH. Terima kasih. Penolong PPD Sains Matematik (R) PPDKBB
LAPORAN ASET ALIH KERAJAAN SUKU TAHUN PERTAMA 2013Pengetua dan Guru Besar yang berkenaan Tuan, Berikut adalah senarai nama sekolah yang belum menghantar Laporan Aset Alih suku tahun pertama 2013. (seperti lampiran) Mohon kerjasama pihak tuan menghantar segera laporan tersebut ke Unit Perolehan dan Aset. Sekian,Terima kasih.
BENGKEL SISTEM PENGURUSAN INISIATIF ICT SEKOLAH (ICTS)
Kepada Pengetua / Guru Besar, Sekolah Sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu, Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh             :          15 April 2013 (Isnin) Masa               :          Sesi 1 (8.30 Pagi – 11.30 Pagi)                                      Sesi 2 (2.00 Petang – 5.00 Petang) Tempat            :          Makmal Komputer, SMK Lunas Sila dapatkan surat daripada attachment dibawah. Harap maklum. Terima Kasih
Taklimat Perluasan Program j-QAF 2013 DKBBGuru Besar Tuan, Guru dari sekolah tuan yang terlibat :
|
Joomla Templates by PWC, ipage reviews by WebHostingTop
