| 38.107.191.115 |
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Program j-QAF Kohort 2006 - 2009
Tuan,
Bersama ini disisipkan contoh borang yang telah dibuat pembetulan.
Maaf di atas kesilapan tersebut. Terima kasih
ANALISA PERCUBAAN PMR SUBJEK KH
Kepada semua Guru Kanan Teknik dan Vokasional, SM DKBB Tuan/puan, Pohon hantar dengan kadar segera analisa KH PMR 2010 berserta borang PM 1, PM 2 dan PM 3 kepada Unit Teknik & Vokasioanal PPDKBB (sila rujuk maklumat ini yang telah di email ke sekolah pada 15 Ogos 2010 yang lalu). Bagi sekolah yang telah menghantar diucapkan terima kasih dan sila abaikan maklumat ini. Bagi analisa keputusan percubaan SPM (subjek teknik & vokasional) sila hantar pada atau sebelum 22 September 2010. Sekian, terima kasih. "KITA BERGERAK BERSAMA-SAMA UNTUK PENCAPAIAN YANG CEMERLANG" Selamat Hari Raya........... Maaf Zahir & Batin.
Roslina Zainal Abidin Unit Teknik & Vokasional PPDKBB
SENARAI MURID TAHUN 6 BUKAN PROGRAM j-QAF YG TELAH KHATAM AL-QURAN
Tuan Guru Besar Sekolah-sekolah Program j-QAF kohort 2006 -2009 Tuan, Bersama-sama ini disisipkan surat PPDKBB : 30/001/9 j-QAF Jld 4 (10) bertarikh 5 September 2010 berkaitan dengan bilangan murid Tahun 6 (Bukan pogram j-QAF) yang telah Khatam Al-Quran, untuk tindakan tuan. Terima kasih SENARAI NAMA MURID YG MASIH DI BAWAH PENCAPAIAN SEBENAR PROGRAM KEM BESTARI SOLAT
Guru Besar SK. Air Merah, SK Bandar Baharu, SK Dato' Hj Zainuddin, SK Guar Lobak, SK Jalan Paya Besar, SK Lunas Jaya, SK Sri Limau, SK Sri Kulim, SK Sungai Karangan, SK Sungai Seluang, SK Sungai Ular, SK Taman Hi-Tech, SK Taman Kenari dan SK Taman Ria. Tuan, Bersama ini disisipkan Surat PPDKBB : 30/001/9 j-QAF Jld 4 (9) bertarikh 5 September 2010 berkenaan dengan murid program j-QAF Tahun 6 yang masih di bawah pencapaian sebenar dalam program Kem Bestari Solat, untuk tindakan tuan. Terima kasih RALAT: LAPORAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI SUKU TAHUN KETIGA 2010
Pengetua & Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu. Sukacita dimaklumkan tuan/puan dikehendaki mengemukakan Laporan Aset Alih Kerajaan dan Laporan Stok Kerajaan bagi suku tahun ketiga (Julai-September) kepada Unit Pembangunan,PPDKBB sebelum atau pada 23 September 2010. 2. Bersama-sama saya attached surat berkaitan. Sekian.Terima kasih. Unit Pembangunan. |